Saturday, April 18, 2009

Cetusan pandangan dan timbal balik idea...

Artikel ini saya tujukan buat para pencinta ilmu syari'i serta para da'ie dan mujahid yang cintakan Islam dan merindui kebangkitan Islam di atas muka bumi,justeru saya mengharap respon dari kalangan pembaca buat memenuhi hadaf dan objektif penulisan.Saya bukanlah dari kalangan ulama' yang mahir lagi tinggi ilmunya, justeru meminta bantuan kalian, para pencinta Islam.......

Isu Taadud Jamaah,Manhaj Salafiah dan Imamah 'Uzma.

Al-Imamah Al-'Uzma,posisinya dalam Islam:

Memilih Al-Imamah Al-'Uzma(kepala negara/sisi politik Umat Islam) disisi mazhab(ahlussunnah) kita walaupun bukanlah merupakan perkara yang termasuk dari rukun-rukun akidah dan asas agama(iaitu barangsiapa yang mengingkarinya tidaklah dihukum kafir sama sepertimana mereka yang mengikngkari perkara-perkara yang ma'lum minaddin biddarurah),tetapi ia mempunyai posisi yang cukup penting@boleh juga dikatakan amat penting di dalam Islam.Cukuplah contoh(dalam menerangkan hal peri pentingnya nasbul imamah ini) sepertimana yang dinaqalkan di dalam kitab-kitab akidah ahlusunnah wal jamaah, para sahabat telah ijma' dalam hal nasbul imamah(pemilihan Imam) sehingga mereka menangguhkan pengebumian insan termulia alam, Nabi Muhammad s.a.w yang kita cintai demi mencari pengganti bagi siapa yang bakal meneruskan perjuangan dan sunnah baginda s.a.w.

Kaitan Al-Imamah Al-'Uzma dan kewajipan melaksanakan Syariat:

Kewajipan melaksanakan Syariat Allah swt yang menyeluruh serta melindunginya dari usaha kuffar menggagalkan pelaksanaan Syariat Allah s.w.t merupakan perkara yang bersifat ma'lum minaddin biddarurah. Tidak perlu rasanya bagi saya untuk berdalil panjang lebar mengenai kewajipan melaksanakan perintah-perintah dan kehendak(iradatullah) Allah s.w.t ini.Barangsiapa yang meragui akan hukum wajibnya melaksanakan perintah Allah,maka saya mengesyorkan akan dirinya untuk merujuk kembali Syahadah yang pernah diucapkan.

Terdapat di antara Syariat Allah s.w.t yang tidak dapat tidak dilaksanakan melainkan dengan kewujudan Imam atau pemerintah yang mengurus atur dan melaksanakannya.Hukum-hakam Syariat yang bersangkut-paut dengan uqubat dan mu'amalat, kebanyakan memerlukan campur tangan pemerintah untuk memastikannya berjalan/tertegak.

Tempoh vakum(kekosongan) dari Al-Imamah Al-'Uzma/Al-Sulthon:

Dr Solah Sowi telah membicarakan hal ini dengan cukup cantik dalam kitab beliau berjudul:-

جماعة المسلمين : مفهومها وكيفية لزومها في واقعنا المعاصر

Beliau menyebut, terdapat dua bentuk kekosongan posisi Imamah dari umat ini, iaitu:
1)Kekosongan/ketiadaan secara hissi(susuk tubuh) Imam itu sendiri spt kematian/kehilangan sulthon/khalifah.
2)Ketiadaan/kekosongan secara syar'i, iaitu spt yang beliau jelaskan,

كما لو ارتد الإمام عن الإسلام، أو بدل الشرائع وغير الأحكام فسقطت بذلك بيعته، وانحلت عقدة إمامته، وإن بقي في موقعته قابضا على أزمة الأمور
Maksudnya:[Contoh vakumnya/ketiadaannya imamah al-uzma yg diiktibar(diiktiraf) syarak] Seperti murtadnya Imam dari Islam, ataupun menukar ganti syariat kepada hukum hakam selain Islam, maka gugurlah bai'ah ummat terhadapnya, dan terungkailah ikatan keimamannya [secara syara'], seandainya dia masih menduduki jawata(keimaman)nya,maka ia akan membawa kepada berlakunya krisis.

Sama seperti di dalam kitab beliau, saya ingin menimbulkan persoalan kepada saudara/i pembaca, adakah negara kita pada masa ini dikategorikan di bawah wujudnya Imamah atau vakumnya ia?Saya meninggalkan persoalan ini kepada sidang pembaca untuk melengkapinya.Seandainya ada respon, akan saya paparkan dan kita bincang bersama-sama hasil keputusannya.....wallahua'lam bis showab...

1 comment:

Pemasaran & Jualan (01115099848) said...

Sudah tentu vakum kerana syariah islam belum terlaksana.

tapi ust muhammad, apakah itu bererti harakah islam kini harus memandang setiap penguasanya sebagai contoh toghut dan wajib 'diperangi'?

atau memang harakah harus berfikir begitu.

p/s:// semenjak nta tukar alamat blog ni, ana perlu masa utk proses adaptasi. Stay istiqamah!