Thursday, January 29, 2009

Cinta....




CINTA merupakan sebuah kata yg tersirat dalam maknanya...yang mampu menggusarkan sekeping anggota bernama hati...mencairkan naluri yang bernama perasaan...

CINTAlah penyebab Adam 'alahissalam di keluarkan dari kenikmatan syurgawi...terperosok jauh di lumpur kehinaan duniawi...sehingga ke anak cucu terpaksa bertarung di medan yg penuh ibtila' dan mara bahaya ini....melawan musuh yang bernama Iblis yang bersifat syaitan dan kesyaitanan serta para pengikutnya yang berwajah insani...

Namun yang aneh, ubat bedil bagi menghadapi arus serang, tingkah dan lintang makhluk-makhluk kesyaitanan itu adalah sesuatu apa yang bernama CINTA...agak lelah juga fikiran barangkali memikirkan kesimpulan matematik duniawi ini...CINTA=penyebab kejatuhan manusiawi begitu juga CINTA=ubat bagi penyakit sebaran musuh yang kesyaitanan.....

Bisakah paradoks ini diharmoni dan dijinakkan??

Bagiku,jawapannya boleh,sudah tentu sekali.....

CINTA pada hakikat, seandai di laras membetuli wahyu Ilahi dan kalam NabiNya yang mulia.,nescaya ia boleh menjadi vaksin gagah yang upaya memerangi virus-virus wabak kesyaitanan...bisa menjadi ubat penenang jiwa-jiwa kacau yang menghantui sempadan fikiran...



Hari ini, atas dasar CINTA lah aku jaya kecapi tenang...lewat duduk-duduk bersama rerakan perjuangan, memikir usaha atas CINTA Ilahi...menggagah usaha menggapai CINTA RasulNya...membenih harapan, menuai senyuman gembira CINTA Salafussoleh...

Menimbang diri di atas dacing Amal Islami, buat mengukur jangkauan amal jama'ie, usai memikir jalan membina Khilafah CINTA, sebelumnya di gapai dahulu Daulah CINTA,di baliknya wujud Masyarakat CINTA, ditiangi Keluarga CINTA, di atas cerucuk kerangka generasi Individu CINTA bertunjang Amal fardi....buat menghasil hadiah bernama Amal ijtima'ie....

Untuk itu, perlu diriku,rakan2 dan kita,

Menyemai faham atas nama CINTA,
Menanam ikhlas lewat lakaran CINTA,
Menuai amal hasil sapaan CINTA,
Membanting jihad kesan peluh CINTA,
Membilang korban bahana musuh CINTA,
Menyusun taat mematuhi CINTA,
Mengukuh thabat buat menemui CINTA,
Memagar tajarrud buat melindungi CINTA,
Membenih ukhuwah di dalam CINTA,
Menghasil percaya antara CINTA....

Lengkaplah sudah rumpunan rukun baiah CINTA kita...

ketahuilah, CINTA itu CINTA Allah, CINTA itu Nabi, CINTA itu darah mujahid salafuna soleh...CINTA itu ummat,CINTA itu saudara,CINTA itu Islam....

Tidaklah Allah menjadikan CINTA itu sia-sia, melainkan ada senang di balik derita..ada hikmah di balik cerita...

Nukilan abna'us sohwah

Monday, January 26, 2009

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ni spt hari2 biasa dlm hdup saya, cuma ada beberapa perkara unik yg berlaku kali ini...antaranya kedatangan Dr Sheikh Muzaffar angkasawan negara ke rumah Negeri Sembilan , Kaherah....tujuan kedatangan beliau adalah dalam misi kemanusiaan ke Ghazzah...lalu singgah melalui Mesir dan sudi melawat kami...

Alhamdulillah, ...dalam pertemuan singkat tersebut, beliau sempat berkongsi pengalaman dan sedikit motivasi buat kami......serba sedikit beliau menceritakan pengalaman beliau di angkasa lepas,tiada apa yg menarik berbanding angkasawan lain, cuma yg istimewa, beliau manusia ke9 dlm dunia yg bersolat di angkasa lepas...alhamdulillah...beliau antara public figure yg saya hormati dan harap tidak ada apa2 kontroversi yg berlaku keatas beliau...saya mendoakan agar beliau sentiasa ditambah hidayah oleh Allah...


Antara lain, dlm minggu ni, saya berpeluang membeli sehelai jeans berjenama evisu yg cukup popular di Msia dgn harga yg boleh tahan...200 l.e@rm125+-.....saya survey di internet dan bertanya kawan2 yg pakar, menunjukkan harga pasaran jeans tersebut bernilai tidak kurang rm 500..ikutkan, dgn keadaan hidup saya yg mmg memerlukan saya cari duit lebih sdikit buat masa ni mau saja saya beli dan jual di Malaysia nanti, paling kurang dpt untung rm400++...fikir2, saya tak jadi membelinya disbbkan beberapa faktor:

1)Saya tidak mahu terlibat dalam proses pembaziran yg bakal dilakukan oleh pembeli saya akibat barang jualan saya tersebut...bukan apa, rm500++ utk sehelai jeans cap apek jepun tu?apa faedahnya?lainkah jenis kainnya?kalau pakai boleh menang ke PAS time p/raya?Tertatbiqkah syariat?walau pun dari sudut lain boleh saja saya anggap itu satu usaha saya utk mengukuh ekonomi dan seterusnya bersedia membina daulah(Negara yg mendaulatkan Syariatullah) menurut maratibnya(tingkatan),(fard,n next usrah maybe,daulah maybe??).tapi apa sgtlah nilainya beberapa ratus rm tu dgn implikasi2 lain yg lebih besar yang berkemungkinan berlaku yg boleh saja menjejaskan keturunan saya wang hasil dari apa yg saya makan sehingga berdarah daging berketurunan2 kelak..wal'iyazubillah.... =)



2)Saya tidak mahu menyumbang kepada budaya hedonis yg "berkemungkinan" dilakukan oleh si pemakai kelak...dlm bab ni, secara peribadi mungkin saya memberi kelonggaran sedikit kerana tidak semua yg berseluar jeans akan terlibat dgn budaya hedonis(krn saya sendiri memakai jeans "levis" ala2 original), walaupun secara ghalibnya(kebiasaan), anda boleh fikirkan apa saja yg akan dilakukan oleh pemakai evisu dgn evisu nya kelak...(huhu, mungkin slps ini boleh saja kita lakukan anjakan paradigma spt memakai evisu utk pergi ke usrah dan program2 tamrin,daurah dsbnya sbb saya dah buat,pakai levis ala2 original pg usrah,)...

3) Saya x mahu terbabit seandainya si pemakai memakainya dgn tujuan berbangga2 dan menimbulkan rasa riak dan khuyala'(bermegah2) di hadapan orang lain(saya mendapat maklumat siapa2 yg memaki jeans ni dan berjalan di khalayak, maka khalayak akan toleh sekali lagi seluar yang diapakainya itu sambil mengucapkan,waahh, evisu tuh...) yang mana riak merupakan perkara yang sangat dibenci Allah s.w.t dan RasulNya...wal'iyazubillah...

Wallahua'lam, inilah sedikit coretan saya dlm blog kali ni, mungkin ramai yg bertanya apa motifnya saya bercerita ttg jeans dan angkasawan ,apa2pun anggap lah ini reaksi bersahaja saya dalam menanggapi set2 kapitalis yang hedonis lagi materialis(dan lain2 ideologi menyesatkan) dan sbg contoh(misal) tatbiqi buat peniaga2 serta bakal peniaga dlm menjalankan urusan perniagaan mereka kelak...ingatlah, setiap perbuatan kita tidaklah terlepas/bebas dari nilai...dan jgnlah berfikir menurut cara fikir mereka2 yg kapitalis sekularis ini...

Saya juga bercadang meletakkan post2 saya ini dan selepasnya di bawah tag fashion,music dan leisure, tapi perlu di tekankan dan ditundukkan di bawah Maqasid Islam yg kullie.... kerana apa? krn ketiga2 perkara inilah yg sering menjadi hambatan masyarakat masa kini utk menikmati dan menghirup keindahan Islam sbg cara hidup...

Tuesday, January 20, 2009

Langkah permulaan....

Assalamualaikum wbt...

Seiring waktu berlalu, usia saya ber'blogging' mencapai 4 tahun...maafkan saya sekian beberapa bulan belakangan ini meja menaip saya di laman sesawang blogger ini berhabuk usang dimakan waktu...tahun 2008 menyimpan pelbagai kenangan dalam hidup saya...duka, suka, perit, teruja, lelah, tenang, sakit, terubat kesemuanya bercampur baur lewat kotak perasaan di hati saya ini...biarlah ia jadi kenangan yg tersemat dalam di hati, cukup sekadar ingatan dan pengajaran dalam diri agar tidak lalai dan hanyut dalam arus dunia yg maha "menggusarkan", tak mahu saya membebani diri dengannya lagi...

Mungkin ada dikalangan sahabat pembaca tertanya, apakah "kes"nya yg membuat saya meninggalkan dunia "blogging" ini buat beberapa ketika,cukup sbg jawapan saya katakan, saya kehilangan mood,kerana antara faktornya adalah kerenah birokrasi sistem blogger yg menyebabkan saya sehingga hari ini saya masih tidak dapat mengakses blog lama saya di http://khilafahmatlamatku.blogspot.com... entah mengapa tidak saya ketahui...usai proses "log in" saya menekan butang view blog tersebut, namun jawapannya sampai ke esok harilah yang terpapar hanyalah laman "blank" bertulis transferring data from .... di bahagian status bar...dan juga beberapa faktor lain lg yg mempengaruhi jiwa insani saya...

Cukup sayang, kerana di dlm blog tersebut saya simpan hasil2 tulisan yg kadang bila diteliti menunjukkan manusia ini sememangnya ber"evolusi"(credit tu Saifuddin@msaidhawwa,sahabat saya yg cukup obses mengembangkan idea bahawa evolusi ada sudutnya yg mesra Islam) dlm mempersembahkan idea dan wacana...sayang sekali, kerana di blog tersebut tersimpan bukti2 bahawa seusia muda saya telah cuba menumpahkan secebis tenaga dalam sumbang saran memenangkan kembali Islam atas segalanya buat tatapan anak cucu saya kelak... =)

Apa pun, sbg buah mula, dlm blog yg baru ini, InsyaAllah saya akan cuba paparkan campuran pengalaman hidup, cebisan ilmu yg saya kutip di bumi Allah yg luas ini dan lain2nya yg saya rasa perlu dikongsi buat tatapan pembaca...'ud'u li bittawfiq minallah....