Showing posts with label Qaradhawi's framework. Show all posts
Showing posts with label Qaradhawi's framework. Show all posts

Wednesday, May 13, 2009

Hukum menghebahkan pertunangan

Petikan jawapan saya terhadap persoalan seorang sahabat di dalam laman yahoo group dengan sedikit ubah suai buat tatapan pembaca.

Soalan:

Saya ada terdengar pendapat menyatakan, menghebahkan pertunangan hukumnya harus. Yg sunatnya ialah menghebahkan pernikahan berdasarkan dalil yg sahih (Fiqhul Manhaji, 2/90).

Drpd Aisyah ra katanya bhw Rasulullah saw bersabda, "Hebahkanlah berita pernikahan ini dan palulah gendang."[HR Ibn Majah]


Ada pendapat yang mengatakan ia tidak patut dihebahkan sebab jika putus tunang, maka jatuh maruah wanita yang ditunangi. Oleh itu tidak berapa elok disebar akan pertunangan itu.Mohon pencerahan terhadap isu ini.

Jawapan:

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد خاتم الأنبياء والمرسلين،
وعلى آله وأصحابه أجمعين، والتابعين، ومن تبع هداهم بإحسان إلى يوم الدين


Menurut penelitian saya,para ulama terbahagi kepada dua golongan dalam membahaskan hukum menghebahkan pertunangan ini:

1)Mengharuskan hebahan pertunangan
2)Mustahab(sunat) disembunyikan pertunangan

1)Golongan yang mengharuskan hebahan:

Saya menaqalkan(dengan ringkasan) fatwa Doktor Ahmad Al-Hajji Al-Kurdi yang merupakan anggota majlis fatwa Kuwait seperti berikut:

حكم إسرار الخِطبة

السؤال : ما حكم الإسرار بالخِطبة - بكسر الخاء - للزواج، وهل ورد في الحث عليها- على الإسرار بها - حديث؟

الفتوى:

فلا مانع من إشهار الخطبة شرعا، بل هو الأولى، لأن الأصل في الأشياء الإباحة، ولم يرد في ذلك نص مانع، وأما النكاح فإشهاره مأمور به من الشارع بأحاديث كثيرة، منهاقول النبي صلى الله تعالى عليه وسلم: (أَعْلِنُوا هَذَا النِّكَاحَ وَاجْعَلُوهُ فِي الْمَسَاجِدِ وَاضْرِبُوا عَلَيْهِ بِالدُّفُوفِ) رواه الترمذي وغيره.
ولا أعلم حديثا يمنع من إعلان الخطبة أو ينهى عن ذلك

Terjemahan:

Hukum merahsiakan pertunangan.

Soalan: Apakah hukum merahsiakan pertunangan dengan tujuan perkahwinan?.Adakah di sana terdapat hadith yang menggesa agar dirahsiakan pertunangan?

Fatwa:

Maka tidak ada halangan dalam mengisytiharkan pertunangan secara syarak, bahkan ianya adalah lebih utama(untuk diisytiharkan), kerana (hukum) asal bagi tiap-tiap sesuatu adalah harus, dan tidak datang nas yang menghalang (dari berbuat sedemikian). Manakala pernikahan, ianya adalah diperintahkan oleh Allah swt melalui hadith-hadith yang banyak. Di antaranya adalah sabda Nabi s.a.w: (Hebahkanlah pernikahan ini, dan adakan ianya di masjid-masjid, dan palulah duf-duf(alat muzik seperti kompang)) Riwayat Al-Turmidzhi dan selainnya. Dan tidaklah aku ketahui sesuatu hadith yang menghalang dan mencegah dari menghebahkan pertunangan.

Rujukan: http://www.islamic-fatwa.com/fatawa/index.php?module=fatwa&id=4604

Begitu juga apa yang disebutkan di dalam laman web islamqa yang dikelolakan oleh Sheikh Muhammad Salih Al-Munajjid. , yg menyebutkan di dalam salah satu fatwa yang terdapat di dalam laman tersebut berkenaan khitbah syar'iyyah(pertunangan menurut syarak).Antaranya, terdapat di dalam petikan fatwa tersebut:

وما يفعله بعض المسلمين من إعلان الخطبة وما يقيمونه من أفراح وما يقدمونه من هدايا كل ذلك هو من باب العادات التي هي مباحة في الأصل ولا يحرم منها إلا ما دل الشرع على تحريمه

Mengenai perbuatan sebahagian kaum Muslimin yang mengiklankan pertunangan serta menzahirkan kegembiraan(dengan mengadakan majlis),serta perbuatan memberi hadiah, adalah merupakan adat yang harus pada asalnya,dan tidak diharamkan ia, melainkan perbuatan-perbuatan yang diberi petunjuk oleh syarak akan keharamannya.

Rujukan: http://www.islamqa.com/ar/ref/20069

Demikianlah terdapat beberapa ulama yang menyentuh mengenai hukum keharusan dihebahkan pertunangan.Manakala di bawah ini saya bawakan pandangan yang sebaliknya.

2)Golongan yang tidak menggalakkan dihebahkan pertunangan(mustahab/sunat disembunyikan pertunangan).

Setakat yang saya ketahui, terdapat qaul di dalam mazhab maliki yang menyatakan bahawa hukum menyembunyikan pertunangan adalah sunat, seperti yang disebut di dalam kitab Al-Syarhu Al-Kabir oleh Sidi Ahmad Al-Dardir,menyebutkan :

( و ) ندب ( تقليلها ) أي الخطبة بالضم ( وإعلانه ) أي النكاح بخلاف الخطبة بالكسر فينبغي إخفاؤها (2:216)

Terjemahan: (Dan) sunat (memendekkannya) iaitu khutbah(nikah) (dan mengiklankannya) iaitu pernikahan, berlawanan dengan pertunangan, maka hendaklah disembunyikan.(jilid 2: m/s 216)

Dan juga di dalam kitab Manhul Jalil Syarah 'Ala Mukhtasar Khalil oleh Sheikh Muhammad Alisy, menyatakan:

وأما الخطبة بالكسر فيندب إخفاؤها كالختان 3:257

Terjemahan: Manakala pertunangan, maka disunatkan agar menyembunyikannya sepertimana khitan.(Jilid 3: m/s 257)

Di dalam web Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, ada menyebutkan mengenai gesaan agar tidak melampau dalam menghebahkan pertunangan. Teksnya adalah seperti berikut:

"Another matter that must be given serious consideration is the publicising of an ‎engagement. An engagement is an pact between a man and a woman to be ‎married, and the process of getting to know each other better. Over-publicising the ‎engagement, as have often been the case recently, should not take place. This is ‎because an engagement is only a pact, and may or may not actually lead to ‎marriage. Therefore, over-publicising the engagement may lead to embarrassment ‎for the family in the event that the couple does not end up marrying. In addition, ‎publicising the engagement also opens a path for those who are jealous and ‎envious to sabotage the union. ‎
The Prophet Muhammad (s.a.w.) himself reminded all to: “Keep the engagement a ‎secret, and announce the marriage.” (Reported by Ahmad from Abdullah ibni ‎Zubair (r.a.) and corroborated by Albani in ‘Irwa’ al- Ghazali’). "

Rujukan: http://www.yadim.com.my/english/Sosial/SosialFull.asp?Id=365

Berkemungkinan, sandaran dalil bagi golongan ini(yang tidak menggalakkan dihebahkan pertunangan) adalah hadith yang biasa berlegar dikalangan umat Islam seperti yang dipaparkan di dalam laman web yadim tersebut. Yang benar, hadith tersebut berbunyi sebegini:

( أظهروا النكاح وأخفوا الخِطبة )

Terjemahan: (Zahirkanlah pernikahan dan sembunyikanlah pertunangan).

Hadith tersebut diriwayatkan oleh Ad-Dailami di dalam Musnad Al-Firdaus.Walaubagaimanapun hadith ini berstatus dhaif, seperti yang disebutkan oleh Sheikh Al-Albani di dalam kitabnya Silsilah Ad-Dho'ifah(no 2494) dan Dho'if Al-Jami' Al-Saghir(no 922).

Manakala hadith yang disebutkan di dalam laman web Yadim tersebut adalah hadith Riwayat Ahmad daripada Abdullah Ibn Zubair r.a, dan dihasankan oleh Sheikh Al-Albani dalam kitabnya Irwa' Al-Ghalil ((إرواء الغليل ,dengan lafaz a'linu an-nikah(hebahkan pernikahan) dan tanpa penambahan lafaz akhfu al-khitbah(sembunyikan pertunangan). Iaitu hadith tersebut berbunyi:

أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( أعلنوا النكاح ) روى أحمد عن عبد الله بن الزبير رضي الله عنه والحديث حسنه الألباني في إرواء الغليل :1993

Rujukan: http://www.islamqa.com/ar/ref/67884

Berbalik pada pendapat golongan ini,yang menggalakkan( sunat) di sembunyikan pertunangan, adalah disertai dengan tujuan untuk mengelakkan rasa iri hati dan dengki(hasad) bagi pihak lain,sepertimana yang saya naqalkan dari laman web islamweb.net, yang menyebutkan:

قال الخرشي في شرح خليل: وأما الخطبة بالكسر فيندب إخفاؤها كالختان وإنما ندب الإخفاء خوفاً من الحسدة

Terjemahan: Telah berkata Al-Khurasyi di dalam kitab Syarhu Khalil: Maka pertunangan adalah disunatkan agar disembunyikan sepertimana khitan.Tujuan disembunyikan adalah sebagai langkah berjaga-jaga dari perasaan hasad dengki (pihak lain).

Rujukan: http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=65842&Option=FatwaId

Pandangan ini bertepatan dengan hadith umum(bukan khusus terhadap kes pertunangan) Nabi s.a.w yang berbunyi:

قول النبي صلى الله عليه وسلم : ( استعينوا على إنجاح الحوائج بالكتمان ، فإن كل ذي نعمةٍ محسود ) رواه الطبراني وصححه الألباني في صحيح الجامع :943

Terjemahan:

Sabda Nabi s.a.w: Mintalah pertolongan dalam memenuhi hajat-hajat secara sembunyi, kerana sesungguhnya setiap yang memiliki nikmat akan ada kedengkian(terhadapnya) . Riwayat At-Thabrani, disahihkan oleh Al-Albani di dalam kitab Sahih Al-Jami' (no 943).

Demikian yang mampu saya kongsikan mengenai pendapat-pendapat ulama terhadap isu ini.Walaubagaimanapun, menurut pandangan saya, setiap pihak mempunyai dalil masing-masing dari sudut tertentu(walaupun kedapatan dalil yang digunakan adalah hadith dhoif, bagi golongan yang menggalakkan disembunyikan pertunangan) .

Berdasarkan apa yang saya pelajari, sikap menolak terus hadith-hadith dhaif dari digunakan dalam perbahasan fiqh(bukan sebagai hujjah seperti mana maklum, tetapi sokongan) adalah tindakan yang merugikan khazanah ilmiah Islam itu sendiri.

Kesimpulan bagi perbahasan ini(menurut pandangan saya, moga-moga Allah mengampuni diri ini andai melakukan kesilapan), bagi individu-individu yang bertunang yang bebas dari kedengkian orang lain terhadapnya, bolehlah menghebahkannya ataupun tidak(bergantung kepada pilihan,kerana hukumnya adalah mubah/harus) , manakala bagi mereka yang yakin akan ada orang yang dengki dan bakal melakukan perbuatan tidak baik terhadap mereka,dan dibimbangi seandainya pertunangan tersebut putus,maka akan menjejaskan maruah mana-mana pihak, adalah dianjurkan untuk menyembunyikan pertunangan mereka, sebagai langkah berhati-hati dan menjaga kemaslahatan bersama.

Wallahua'lam bisshowab.

Nifas

Nifas disisi para ulama:

1)Syafi'iyyah mengatakan nifas adalah darah yang keluar diakibatkan(selepas) daripada bersalin.Manakala darah yang keluar semasa bersalin atau sebelumnya, tidak dikiras sebagai nifas, sebaliknya dikira darah fasad(penyakit) atau darah istihadhah(Mughnil muhtaj : 1/119,Hasyiah Al-Baijuri : 1/113, Al-Mu'tamad fil fiqh as-syafi'e : 1/125, Al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu : 1/621)

2)Hanafiah mengatakan nifas adalah darah yang keluar diakibatkan bersalin.Pendapat ini seolah-olah sama dengan pandangan fuqaha' syafi'iyyah.Walau bagaimanapun terdapat sedikit penjelasan yang lebih mendalam(tafshil) berkenaan hal ini menurut hanafiah,iaitu seandainya darah itu keluar bersama sebahagian besar dari bayi,maka ia dikira sebagai nifas.Manakala seandainya darah itu keluar bersama sebahagian kecil dari bayi, ia dikira sebagai darah fasad.(Kitab Al-Fiqh 'ala mazahib al-'arbaah : 1/130, Al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu : 1/621)

3) Malikiah berpendapat, nifas adalah darah yang keluar bersama-sama bayi semasa bersalin dan selepasnya.Manakala darah yang keluar sebelumnya dikira sebagai haidh disisi mereka. (Kitab Al-Fiqh 'ala mazahib al-'arbaah : 1/130, Al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu : 1/621)

4)Hanabilah pula berpandangan, nifas adalah darah yang keluar disebabkan bersalin dan juga sebelumnya dalam tempoh dua atau tiga hari dengan disertai tanda-tanda hendak bersalin(kontraksi). (Kitab Al-Fiqh 'ala mazahib al-'arbaah : 1/130, Al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu : 1/621)

Kesimpulannya,para ulama' terbahagi kepada 3 mazhab dalam menerangkan maksud nifas ini:

1) Nifas hanyalah darah yang keluar selepas daripada bersalin, iaitu fuqaha mazhab Syafi'iyyah.

2) Nifas adalah darah yang keluar bersama-sama bayi dan selepas bersalin, iaitu pendapat fuqaha malikiah dan hanafiah(secara tafshil).

3) Nifas adalah darah yang keluar sebelum dari bersalin dalam tempoh 2-3 hari sebelumnya dengan disertai tanda-tanda bersalin(kontraksi).

Memandangkan perbezaan takrifan ulama bagi nifas ini, ia akan mengakibatkan perbezaan hukum-hakam yang berkaitan dengan nifas.Seperti kewajipan bersolat bagi wanita yang bernifas.Bagi mereka yang mengambil pandangan para fuqaha hanabilah,maka mereka tidak diwajibkan bersolat seandainya kelihatan darah dalam tempoh 2-3 hari sebelum bersalin dengan syarat ia disertai tanda-tanda bersalin(kontraksi). Sementara bagi diri saya, saya memilih pandangan fuqaha Mazhab Syafi'iyyah di atas jalan berhati-hati(ihtiyat) dalam agama dengan tidak berwenang dalam meninggalkan kewajipan solat.Wallahua'lam.

Saturday, April 18, 2009

Cetusan pandangan dan timbal balik idea...

Artikel ini saya tujukan buat para pencinta ilmu syari'i serta para da'ie dan mujahid yang cintakan Islam dan merindui kebangkitan Islam di atas muka bumi,justeru saya mengharap respon dari kalangan pembaca buat memenuhi hadaf dan objektif penulisan.Saya bukanlah dari kalangan ulama' yang mahir lagi tinggi ilmunya, justeru meminta bantuan kalian, para pencinta Islam.......

Isu Taadud Jamaah,Manhaj Salafiah dan Imamah 'Uzma.

Al-Imamah Al-'Uzma,posisinya dalam Islam:

Memilih Al-Imamah Al-'Uzma(kepala negara/sisi politik Umat Islam) disisi mazhab(ahlussunnah) kita walaupun bukanlah merupakan perkara yang termasuk dari rukun-rukun akidah dan asas agama(iaitu barangsiapa yang mengingkarinya tidaklah dihukum kafir sama sepertimana mereka yang mengikngkari perkara-perkara yang ma'lum minaddin biddarurah),tetapi ia mempunyai posisi yang cukup penting@boleh juga dikatakan amat penting di dalam Islam.Cukuplah contoh(dalam menerangkan hal peri pentingnya nasbul imamah ini) sepertimana yang dinaqalkan di dalam kitab-kitab akidah ahlusunnah wal jamaah, para sahabat telah ijma' dalam hal nasbul imamah(pemilihan Imam) sehingga mereka menangguhkan pengebumian insan termulia alam, Nabi Muhammad s.a.w yang kita cintai demi mencari pengganti bagi siapa yang bakal meneruskan perjuangan dan sunnah baginda s.a.w.

Kaitan Al-Imamah Al-'Uzma dan kewajipan melaksanakan Syariat:

Kewajipan melaksanakan Syariat Allah swt yang menyeluruh serta melindunginya dari usaha kuffar menggagalkan pelaksanaan Syariat Allah s.w.t merupakan perkara yang bersifat ma'lum minaddin biddarurah. Tidak perlu rasanya bagi saya untuk berdalil panjang lebar mengenai kewajipan melaksanakan perintah-perintah dan kehendak(iradatullah) Allah s.w.t ini.Barangsiapa yang meragui akan hukum wajibnya melaksanakan perintah Allah,maka saya mengesyorkan akan dirinya untuk merujuk kembali Syahadah yang pernah diucapkan.

Terdapat di antara Syariat Allah s.w.t yang tidak dapat tidak dilaksanakan melainkan dengan kewujudan Imam atau pemerintah yang mengurus atur dan melaksanakannya.Hukum-hakam Syariat yang bersangkut-paut dengan uqubat dan mu'amalat, kebanyakan memerlukan campur tangan pemerintah untuk memastikannya berjalan/tertegak.

Tempoh vakum(kekosongan) dari Al-Imamah Al-'Uzma/Al-Sulthon:

Dr Solah Sowi telah membicarakan hal ini dengan cukup cantik dalam kitab beliau berjudul:-

جماعة المسلمين : مفهومها وكيفية لزومها في واقعنا المعاصر

Beliau menyebut, terdapat dua bentuk kekosongan posisi Imamah dari umat ini, iaitu:
1)Kekosongan/ketiadaan secara hissi(susuk tubuh) Imam itu sendiri spt kematian/kehilangan sulthon/khalifah.
2)Ketiadaan/kekosongan secara syar'i, iaitu spt yang beliau jelaskan,

كما لو ارتد الإمام عن الإسلام، أو بدل الشرائع وغير الأحكام فسقطت بذلك بيعته، وانحلت عقدة إمامته، وإن بقي في موقعته قابضا على أزمة الأمور
Maksudnya:[Contoh vakumnya/ketiadaannya imamah al-uzma yg diiktibar(diiktiraf) syarak] Seperti murtadnya Imam dari Islam, ataupun menukar ganti syariat kepada hukum hakam selain Islam, maka gugurlah bai'ah ummat terhadapnya, dan terungkailah ikatan keimamannya [secara syara'], seandainya dia masih menduduki jawata(keimaman)nya,maka ia akan membawa kepada berlakunya krisis.

Sama seperti di dalam kitab beliau, saya ingin menimbulkan persoalan kepada saudara/i pembaca, adakah negara kita pada masa ini dikategorikan di bawah wujudnya Imamah atau vakumnya ia?Saya meninggalkan persoalan ini kepada sidang pembaca untuk melengkapinya.Seandainya ada respon, akan saya paparkan dan kita bincang bersama-sama hasil keputusannya.....wallahua'lam bis showab...

Saturday, April 11, 2009

BANGUN!!

Cuba renungkan hari ke hari(nasib umat Islam)
Malapetaka di sana sini(pembunuhan, pencabulan maruah, hak kehidupan beragama)
Bencana datang dan juga pergi(kapitalis,hedonis, mass murtad,bencana alam)
Tapi pastikan kembali lagi
Kita masih di awang awangan
Berkhayal dengan kemewahan(beli kereta honda city 2.0, kasut adidas 500 l.e, h/p n95 tp sama function n73)
Hasil usaha peninggalan(turath yang hidup lagi haraki)
Mereka yang telah kita lupakan(Al-Syafie, Al-Ghazali, Salahuddin Al-Ayyubi,Al-Banna,Ustaz Fadhil Noor)

Entah apa yang akan terjadi
Bila bencana melanda nanti
Tiada siapa yang peduli
Dalam hidup kita hari ini
Jangan nanti di suatu hari
Menyalahkan sesama sendiri
Bila merdeka tiada erti(MERDEKAKAH KITA??)
Sesalan tiada berguna lagi...

Jangan mudah engkau berkata
Dunia hanya sementara
Untuk kau mundur dan leka(dari medan Jihad ini!)
buat selama-lamanya
Jangan nanti di suatu hari
Menyesali apa yang terjadi
Kerana engkau masih bermimipi
Di siang hari...(escapisme ala pseudo-sufisme dan pseudo-intelectual)

Bangun..dari tidur(bangkitlah laksana kewajipan Jihad mu!)
Bangun...orang timur!!

p/s: Kalau dewan pemuda ada buat konsert dekati masyarakat, saya syor A.C.A.B, Orang Panggil Wali with selected song, and Islamic ethics...

Saturday, February 14, 2009

Respek SIS!!

Saya "respek" dgn Sisters In Islam....saya kagum dgn kecekalan dan iltizam mereka dlm melaksanakan kerja2 demi mencapai objektif yg mereka gariskan....

Kenapa?Apa buktinya?

Ini buktinya:

Dlm tahun 2008 saja, mereka telah berjaya buat tour around Malaysia dgn jumlah mad'u yg agak besar, secara data dan statistik nya program paling besar yg dapat dicakupi mad'unya adalah seramai 230 org, nak bukti boleh tgk kat sini... http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=496&Itemid=300

tu tahun 2008 saja, tu belum masuk prog2 khidmat masyarakat, khidmat nasihat guaman percuma, kempen2 kesedaran hak wanita yg free of cas yg selalu dipandang senteng segolongan lain....

Apa silapnya kita?apa lemahnya kita?

Kita(baca : saya) selalu beralasan mereka didanai entiti2 besar seluruh dunia dlm program2 mereka...mm, itulah kita(baca : saya), cuma beralas-alasan, dan bermalas2an...

Bagi saya, kalau kita(baca : saya) bijak mengurus atur ekonomi dgn mengurangkan aktiviti2 libur, umrah sunnah, hajji sunnah, lebih baik kita(baca : saya) gunakan wang kita(baca : saya) utk dana pembinaan mu'assasah2 atau projek2 grand dlm berjihad mempertahankan Islam...

Apakan daya,,ramai(baca :saya) yg lebih rela simpan duit demi beli kereta honda City 2.0 berbanding menyimpan utk tujuan membina muassasah Islami....

Bukan sedikit kalangan kita(baca :saya) yg bergaji besar, berduit besar...bukan sedikit...

Kita(baca : saya) asik kata SIS sesat,SIS terpesong,tp apa buktinya?mana program2 bersifat "intelectual engagement" yg kita(saya) buat terhadap mereka?kalau adapun kenyataan media bersifat sekali-sekala bila mereka(SIS) ada buat program besar...

Mmm...jauh lagi nampaknya jalan......

Friday, February 6, 2009

موجبات تغير الفتوى في عصرنا

موجبات=Needs=Keperluan

تغير) بضمة ال ي )=mashdar daripada kalimah taghayyara, yg membawa maksud perubahan.

الفتوى = جواب عما يشكل من مسائل الشرعية او القانونية = Jawapan bagi apa2 yg memusykilkan dalam permaslahan syar'i dan qanuni(laws).

Antara subtopic dlm tamhid Imam bg kitab ,simple tp ptg:

---وجوب الاحتكام الى الشريعة
---صلاحية الشريعة للخلود
---ملاححظات على سياغة الاحكام
---حجج واحية للعلمانيين
---تغير الفتوى لا يعني عدم الاستفادة من القديم

Projek besar oleh Imam ni, antara yg menjadi obstacle adelah

1)تخوفات بعض المخلسين اي بعض الاخوة من المنتسبين الى العلم الشرعي ,

كما قال الامام

Bagi saya,dlm situasi Malaysia, separuh2 golongan mukhlisin yg berusaha berbakti pd Agama(tidak semsetinya pelajar agama/gol2 ustaz2) ttp tidak memahami sepenuhnya kalam Imam.....

Cthnya: Dlm subtopik ملاححظات على سياغة الاحكام

Yang dimaksudkan dgn الاحكام: adalah

الاحكام الاجتهادية و الاحكام الظنية و ليست الاحكام القطعية

كما بيّّنها الامام


Jadi, tak perlu kebimbangan2 yg tidak berasas....

Let see some pictures....


VS



Pernah tgk filem Wayang?Terbitan UiTM dgn kerjasama Institut of Research developement and commercialisation, dan juga National Film Developement Corporation Malaysia arahan Hatta Azad Khan?sek2 kapitalis ko?aku dok tau guano...

Kalau tak tengok lepas ni boleh pergi tgk... sama2 kita perhatikan dialog ayah soh dengan pak awang lah(lakonan eman manan):

Di hari yang hening....

Tiba2...

Pelepek(sound effect ayah soh campak wayang kulit milik pak awang lah)

Pak Awang Lah@PAL:
Bakpo laaa....yg mu benci sgt ku main wayang kulit niee....
Aku buat salah gaponyo...
tok tok....(sound effect PAL tgh ketuk2 tukul adjust2 wayang kulit dio...)
Aku tak kisah gapo pung hal mu...
Aku tak sentuh pung kulit mu...
yo kalau mu x suko tgk ku main wayang kulit...
jange dok maghi...

Kemudian, dgn muka sedikit kurang menyenangkan dan memakai serban lilit 14..., Ayah Soh@AS berkata:

Abe Awe buat kerjo salah...
Wayang kulit ni hukum dio HARE(HARAM)...
KHURAFAK(khurafat)...
Dok memujo ke patung...
Dok beri sifak manusio ke errr(saya x paham ape yg Ayah Soh kecek nih, x bapo gheti kelate, tp translate BI dia camnih..puppets)
Kau..*&*(*...(saya x gheti dok ayah soh ni kecek gapo lagi, tp translate BI dia..it's wrong)..

kemudian eman manan@pak awe lah dgn gaya macho ala2 pahlawan Melayu terakhir bingkas bangkit dari tpt duduk buat kerjanya sambil mengucap:

Aku tok se kecek bab ugamoo....(I dont want to talk abaout religion)
Aku main waye(wayang) ni, nak hibur ati oghe ramai je...

Dan kemudian babak seterusnya cerita pasal anak Jusoh sakit,,,sptmana kata bini eman manan@awe lah...Jusoh nak caghi pitih ke mano...kemudian eman manan@pak awe lah pun dtg bagi bantuan kemanusiaan yg bak katonya hasil sedikit sebanyak main waye kulit...dan bla2...(nak tau tgk sindri....)

Al-Khulasoh...

Agak2 dok fatwa guano nak bagi ke ayah soh denge pak awe lah nih?nak berat ke ayah soh dio sndri dok miskin pitih x do,misking ilmu...tok sah kecek banyok doh...nak sokong ke pak awe lah,dio dok ngajar wayang kulit ceghito dok Hang Seri Rama(dewa-eawi hindu dulu kalo deh). dak ajar budak laki pue(prmpuan) berduo2 e(berdua2an) main waye kulit....payoh gini...guano deh...

Ape2 pung, benor hok kata ustaz dok ngajar main naqib2 sayo ni....

Manusio tu hok ado antara duo penghujung@kemelampawe(kemelampuan)...kito dok usrah2 belako ni mesti dok tengoh2...nak jago Hak Allah , disamping x bagi mati naluri manusio hok Allah cipto...

Salam Wasathiyyah... =)

Monday, January 26, 2009

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ni spt hari2 biasa dlm hdup saya, cuma ada beberapa perkara unik yg berlaku kali ini...antaranya kedatangan Dr Sheikh Muzaffar angkasawan negara ke rumah Negeri Sembilan , Kaherah....tujuan kedatangan beliau adalah dalam misi kemanusiaan ke Ghazzah...lalu singgah melalui Mesir dan sudi melawat kami...

Alhamdulillah, ...dalam pertemuan singkat tersebut, beliau sempat berkongsi pengalaman dan sedikit motivasi buat kami......serba sedikit beliau menceritakan pengalaman beliau di angkasa lepas,tiada apa yg menarik berbanding angkasawan lain, cuma yg istimewa, beliau manusia ke9 dlm dunia yg bersolat di angkasa lepas...alhamdulillah...beliau antara public figure yg saya hormati dan harap tidak ada apa2 kontroversi yg berlaku keatas beliau...saya mendoakan agar beliau sentiasa ditambah hidayah oleh Allah...


Antara lain, dlm minggu ni, saya berpeluang membeli sehelai jeans berjenama evisu yg cukup popular di Msia dgn harga yg boleh tahan...200 l.e@rm125+-.....saya survey di internet dan bertanya kawan2 yg pakar, menunjukkan harga pasaran jeans tersebut bernilai tidak kurang rm 500..ikutkan, dgn keadaan hidup saya yg mmg memerlukan saya cari duit lebih sdikit buat masa ni mau saja saya beli dan jual di Malaysia nanti, paling kurang dpt untung rm400++...fikir2, saya tak jadi membelinya disbbkan beberapa faktor:

1)Saya tidak mahu terlibat dalam proses pembaziran yg bakal dilakukan oleh pembeli saya akibat barang jualan saya tersebut...bukan apa, rm500++ utk sehelai jeans cap apek jepun tu?apa faedahnya?lainkah jenis kainnya?kalau pakai boleh menang ke PAS time p/raya?Tertatbiqkah syariat?walau pun dari sudut lain boleh saja saya anggap itu satu usaha saya utk mengukuh ekonomi dan seterusnya bersedia membina daulah(Negara yg mendaulatkan Syariatullah) menurut maratibnya(tingkatan),(fard,n next usrah maybe,daulah maybe??).tapi apa sgtlah nilainya beberapa ratus rm tu dgn implikasi2 lain yg lebih besar yang berkemungkinan berlaku yg boleh saja menjejaskan keturunan saya wang hasil dari apa yg saya makan sehingga berdarah daging berketurunan2 kelak..wal'iyazubillah.... =)



2)Saya tidak mahu menyumbang kepada budaya hedonis yg "berkemungkinan" dilakukan oleh si pemakai kelak...dlm bab ni, secara peribadi mungkin saya memberi kelonggaran sedikit kerana tidak semua yg berseluar jeans akan terlibat dgn budaya hedonis(krn saya sendiri memakai jeans "levis" ala2 original), walaupun secara ghalibnya(kebiasaan), anda boleh fikirkan apa saja yg akan dilakukan oleh pemakai evisu dgn evisu nya kelak...(huhu, mungkin slps ini boleh saja kita lakukan anjakan paradigma spt memakai evisu utk pergi ke usrah dan program2 tamrin,daurah dsbnya sbb saya dah buat,pakai levis ala2 original pg usrah,)...

3) Saya x mahu terbabit seandainya si pemakai memakainya dgn tujuan berbangga2 dan menimbulkan rasa riak dan khuyala'(bermegah2) di hadapan orang lain(saya mendapat maklumat siapa2 yg memaki jeans ni dan berjalan di khalayak, maka khalayak akan toleh sekali lagi seluar yang diapakainya itu sambil mengucapkan,waahh, evisu tuh...) yang mana riak merupakan perkara yang sangat dibenci Allah s.w.t dan RasulNya...wal'iyazubillah...

Wallahua'lam, inilah sedikit coretan saya dlm blog kali ni, mungkin ramai yg bertanya apa motifnya saya bercerita ttg jeans dan angkasawan ,apa2pun anggap lah ini reaksi bersahaja saya dalam menanggapi set2 kapitalis yang hedonis lagi materialis(dan lain2 ideologi menyesatkan) dan sbg contoh(misal) tatbiqi buat peniaga2 serta bakal peniaga dlm menjalankan urusan perniagaan mereka kelak...ingatlah, setiap perbuatan kita tidaklah terlepas/bebas dari nilai...dan jgnlah berfikir menurut cara fikir mereka2 yg kapitalis sekularis ini...

Saya juga bercadang meletakkan post2 saya ini dan selepasnya di bawah tag fashion,music dan leisure, tapi perlu di tekankan dan ditundukkan di bawah Maqasid Islam yg kullie.... kerana apa? krn ketiga2 perkara inilah yg sering menjadi hambatan masyarakat masa kini utk menikmati dan menghirup keindahan Islam sbg cara hidup...