Tuesday, January 20, 2009

Langkah permulaan....

Assalamualaikum wbt...

Seiring waktu berlalu, usia saya ber'blogging' mencapai 4 tahun...maafkan saya sekian beberapa bulan belakangan ini meja menaip saya di laman sesawang blogger ini berhabuk usang dimakan waktu...tahun 2008 menyimpan pelbagai kenangan dalam hidup saya...duka, suka, perit, teruja, lelah, tenang, sakit, terubat kesemuanya bercampur baur lewat kotak perasaan di hati saya ini...biarlah ia jadi kenangan yg tersemat dalam di hati, cukup sekadar ingatan dan pengajaran dalam diri agar tidak lalai dan hanyut dalam arus dunia yg maha "menggusarkan", tak mahu saya membebani diri dengannya lagi...

Mungkin ada dikalangan sahabat pembaca tertanya, apakah "kes"nya yg membuat saya meninggalkan dunia "blogging" ini buat beberapa ketika,cukup sbg jawapan saya katakan, saya kehilangan mood,kerana antara faktornya adalah kerenah birokrasi sistem blogger yg menyebabkan saya sehingga hari ini saya masih tidak dapat mengakses blog lama saya di http://khilafahmatlamatku.blogspot.com... entah mengapa tidak saya ketahui...usai proses "log in" saya menekan butang view blog tersebut, namun jawapannya sampai ke esok harilah yang terpapar hanyalah laman "blank" bertulis transferring data from .... di bahagian status bar...dan juga beberapa faktor lain lg yg mempengaruhi jiwa insani saya...

Cukup sayang, kerana di dlm blog tersebut saya simpan hasil2 tulisan yg kadang bila diteliti menunjukkan manusia ini sememangnya ber"evolusi"(credit tu Saifuddin@msaidhawwa,sahabat saya yg cukup obses mengembangkan idea bahawa evolusi ada sudutnya yg mesra Islam) dlm mempersembahkan idea dan wacana...sayang sekali, kerana di blog tersebut tersimpan bukti2 bahawa seusia muda saya telah cuba menumpahkan secebis tenaga dalam sumbang saran memenangkan kembali Islam atas segalanya buat tatapan anak cucu saya kelak... =)

Apa pun, sbg buah mula, dlm blog yg baru ini, InsyaAllah saya akan cuba paparkan campuran pengalaman hidup, cebisan ilmu yg saya kutip di bumi Allah yg luas ini dan lain2nya yg saya rasa perlu dikongsi buat tatapan pembaca...'ud'u li bittawfiq minallah....

3 comments:

Anonymous said...

Mabruk, ramai yang tertunggu-tunggu blog ni, teruskan menulis..pastu letak byk2 gambar...hehe

Pemasaran & Jualan (01115099848) said...

tak nak gambar, nk pemikiran.. huhu

Usulan membina i'allah: Blogger harus buat folder khas di komputer, khusus utk pendataan setiap artikel blog. :)

Semoga terus jihad dgn pena

Team Banjaria said...

Ijat, kdg2 dlm kehangatan kita berusaha men"tatbiqkan syariat" kita terabai aspek tuntutan manusiawi yg naluri, insyaAllah dlm post2 selepas ni ana cuba sintesiskan kedua2nya(asalkan tidak bercanggah dgn prinsip Islam ug usul dan kullie) agar2 perkara2 yg menjadi hambatan dan alasan2 manusia bermalas2an melaksana Syariat hilang dan runtuh...yg Islamis dgn dunianya, yg sekularis dgn dunia mereka,smp bila persoalannya?